Perempuan Pencari Nafkah di Akhir Zaman
Oleh Editor, 19 Apr 2026
Kehidupan ini tidak seringkas yang orang lihat, bukan?
Kau… wanita cekal yang membesarkan anak seorang diri.
Kau… gadis bujang yang berjuang di kota penuh cabaran.
Kau… perempuan pencari nafkah di akhir zaman.
Tulisan ini buat kamu;
yang saban hari dan malam, diam-diam menelan penat, menahan air mata, dan terus kuat walau tiada siapa benar-benar faham beban di bahu.
Dalam dunia hari ini, ada wanita yang terpaksa keluar mencari rezeki kerana keadaan yang mendesak bukan pilihan, tetapi tuntutan kehidupan. Namun Islam tidak pernah menzalimi, bahkan memberi ruang… dengan syarat maruah, kehormatan dan batas syarak tetap dijaga.
Dan luruskan niat…
Bukan sekadar mencari rezeki, tetapi untuk membantu keluarga, meringankan beban ibu ayah, menyokong suami, membesarkan anak-anak dengan rezeki yang halal.
Niat yang betul akan mengubah penat menjadi pahala.
Niat yang ikhlas akan menjadikan setiap langkah bernilai ibadah.
Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat"
(HR. Bukhari dan Muslim)
Kadang bukan kau ingin keluyar bekerja....
Tapi keadaan yang memaksa kau untuk kuat.
Namun ingat, walau sekuat mana pun kau berdiri
Jangan sampai lupa siapa tempat bergantung.
Bekerja itu dibolehkan… tetapi ada batasnya:
Menutup aurat dengan sempurna, yaitu pakaian yang longgar tidak menampakkan bentuk tubuh
Menjaga pergaulan dengan elakkan ikhtilat bebas
Menjaga pandangan dan percakapan
Tidak berdua-duaan (khalwat) dengan lelaki ajnabi
Tidak melalaikan tanggung jawab utama
Mendapat ijin suami atau wali
Memastikan pekerjaan itu halal
Jika mampu, memilih pekerjaan secara atas talian (online) adalah lebih baik karena terpelihara daripada fitnah dan lebih terjaga batas pergaulan dan mudah untuk sholat.
Allah tidak pernah buta melihat lelahmu.
Tidak pernah tuli mendengar doamu.
Setiap langkahmu mencari rezeki yang halal… itu ibadah.
Setiap ringgit yang kau bawa pulang untuk keluarga… itu sedekah.
Rasulullah bersabda:
“Sebaik-baik dinar adalah yang dibelanjakan oleh seseorang untuk keluarganya.”
(HR. Muslim)
Namun ingat…
Dalam mencari dunia jangan sampai hilang akhirat.
Allah berfirman:
“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Surah At-Talaq: 2-3)
Rezeki itu luas…
Tapi keberkatan hanya datang bila kita menjaga batas.
Jangan kerana desakan hidup, kita longgarkan apa yang sepatutnya dijaga.
Jangan kerana ingin bertahan, kita hilang harga diri yang Allah muliakan.
Semoga setiap langkahmu dipermudahkan...
Semoga setiap penatmu diganti dengan ganjaran yang besar di sisi Allah…
Semoga rezekimu sentiasa diberkati dan dilindungi dari yang haram…
Semoga hatimu terus kuat dalam menjaga iman dan batas syariat…
Dan semoga setiap pengorbananmu menjadi saksi kebaikan di hadapan Allah nanti.
Buat wanita yang sedang berjuang
Teruskan melangkah… tapi jangan lepaskan pegangan.
Penatmu Allah kira....
Air matamu Allah tahu...
Dan setiap kesabaranmu...Allah tidak pernah sia-siakan.
Artikel Terkait
Artikel Lainnya